Friday, 18 December 2015

Kemudahan internet: Pusat Internet 1Malaysia

Kampung Luak juga antara kampung yang bertuah kerana ditempatkan pusat internet 1Malaysia. Tujuan pusat internet ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan ICT kepada penduduk luar bandar. Ia ditadbir oleh dua pegawai iaitu pengurus dan penolong pengurus. jom kita layan gambar PI1M ini:


Kawasan PI1M Kg. Luak

Pintu masuk PI1M
Ruang melayari internet
Bilik Training
PI1M Kg. Luak juga menyediakan latihan buat ICT buat penduduk kampung yang sudah mendaftar sebagai ahli dan latihan yang diberikan adalah percuma. Orang Miri yang bukan penduduk Kampung Luak juga dialu-alukan untuk menyertai latihan ICT yang diberikan. Selain itu, PI1M juga akan mengadakan hari terbuka pada bulan-bulan yang tertentu sebagai tanda menghargai para ahli PI1M. menarik bukan?

Untuk pertanyaan lanjut, boleh lah menghubungi:

Nurul - nurul.halifah@pi1mmaxis.my
Ida - zurfarahida@pi1mmaxis.my

Kegiatan ekonomi

Kebanyakan para penduduk di Kampung Luak memilih untuk berniaga dihadapan rumah.
  1. Menjual buah-buahan dan sayur-sayuran hasil tanaman mereka.
  2. Menjahit baju
  3. Menjual Nasi katok
  4. Membuka kedai runcit yang bertempat di rumah sendiri.
  5. Komuniti 1Malaysia.

Tarikan Pelancong

Setiap tempat mempunyai tarikan tersendiri. Kampung Luak juga mempunyai tarikan pelancong kerana ia dikelilingi oleh pantai.

Tanjong Lobang

Taman rekreasi yang tertua di Miri,Taman Selera terletak di kira-kira 3 KM dari pusat bandar di Tanjung Lobang .Selain pantai pasir emas, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan luar, pusat penjaja luar juga merupakan tempat makan yang popular dengan pelbagai makanan tempatan yang enak. 

Pemandangan pantai

Food Bazaar. Bersebelahannya ialah apartment.

Pelbagai jenis restoran yang baru dibuka

Taman permainan kanak-kanak



Luak Esplanade

Luak Esplanade adalah tempat di sebelah selatan dari Miri, Sarawak. Kawasan esplanade adalah
tempat di mana orang pergi berjalan-jalan di tepi pantai, berkelah dan bersiar-siar sambil 
menikmati pemandangan yang indah di Laut Cina Selatan. Luak Esplanade adalah kira-kira 5 km 
keselatan dari Miri di Jalan Baram yang juga dikenali sebagai lebuh raya pantai.
 
Tepian pantai

Kawasan riadah
 

Beach Republic

Terletak di Luak Bay sepanjang Laut China Selatan, Beach Republic adalah friendly zone untuk 
keluarga meluangkan masa bersama. Perkhidmatan yang disediakan:
 
·   Kolam renang 
·   gimnasium yang serba lengkap – untuk ahli sahaja
·   gelanggang bola keranjang, bola tampar pantai, bola sepak, kelas mingguan seperti 
    Zumba 
·   Restoran yang menyediakanpelbagai jenis makanan
·   Majlis perkahwinan
·   Banana boat, ATV on the beach, jet ski
 
Bangunan utama: restoran, gym dan macam-macam lagi

kolam renang dan tempat bersantai untuk para pengunjung
 
 
 

Kemudahan Awam

Seperti kampung-kampung yang lain, Kampung Luak juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan kepada penduduk kampung. Kemudahan adalah seperti berikut:

Gambar 1: Luak Speed Mart
Gambar 1

Gambar 2: Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak
Gambar 2

Gambar 3: Balai Polis Tanjong Lobang
Gambar 3


Gambar 4: G.K. Supermarket 
Gambar 4

Gambar 5: Stesen Minyak Shell
Gambar 5

Gambar 6: Stesen minyak Petronas
Gambar 6

Thursday, 17 December 2015

Pentadbiran Kampung Luak

Kampung Luak juga mempunyai Ahli Jawatankuasa tersendiri. Sesiapa yang ingin berurusan dengan mereka, anda bolehlah menghubungi mereka disini:

Ketua Kampung / Pengerusi

Nama           : Abg Hj Hamdan bin Abg Jas
No telefon   : 019-489-5270

JKKK Kampung Luak

Jawatan      : Timbalan Pengerusi
Nama          : Suhaili bin Drahman
No Telefon  : 019-874-1963

Jawatan      : Bendahari
Nama          : Hj Sanai Tahir
No telefon  : 016-855-2717

Jawatan      : Setiausaha
Nama           : Azami bin Haji Bakar
No telefon   : 016-875-7862

AJK Lain

Norlia bt Mohamad    - 016-872-2204
Norsiah bt Yakup       - 016-870-0764

dan beberapa lagi AJK yang lain. Walaupun Kampung Luak ini terletak tidak jauh daripada bandar, namun ia ditadbir dengan penuh teliti oleh para JKKK Kampung Luak.
 


Asal Usul Kampung Luak.

Ramai yang belum mengetahui sejarah kampung Luak. Entry pertama ini adalah untuk memperkenalkan Kampung Luak kepada semua. Jom sama-sama mengenali Kampung Luak!

Sejarah moden Kampung Luak boleh dikatakan bermula sebelum perang dunia ke-2. Apakah yang menjadi asal usul nama Luak Bay?
Haaa.. ini jawapannya:
Seorang pegawai Inggeris telah meminta seorang lelaki tempatan kedayan dimana ia berasal dari dania akan menjawab Luak bermaksud teluk atau penduduk tempatan menunjukkan arah dari Tanjung Lobang ke kawasan teluk dan menyebut Luak.

Menarik bukan sejarah Kampung Luak?

Jom kita teroka lagi asal-usul Kampung Luak.

1. Kawasan Luak Bay pernah dianggap sebagai hutan di hari tua, pertama kali digunakan
    sebagai medan eksplorasi "orang putih" (white men) dengan bantuan Kedayan dan buruh
    Iban.

2. Sebelum Perang Dunia Ke-2, "orang putih" telah menggali telaga untuk air dan minyak
    Petroleum dibawah bukit Tanjong Lobang. Telaga besar digali dekat dengan Sungai
    Kekawang (berdekatan dengan GK Supermarket) tetapi hanya air yang keluar. Ini
    adalah anugerah kepada penduduk pondok kayu kawasan itu. Setelah air yang bersih
    tersedia, lebih ramai orang berpindah kekawasan yang sebenarnya adalah kawasan
    paya.

3. Hari ini, kebanyakan penduduk Kampung Luak berasal dari bangsa kedayan. Mereka
    berbicara dengan dialek melayu yang indah dengan mengucapkan bunyi "a" dan "o" .
    Mereka biasanya mengakhiri perbualan dengan perkataan "bah".

4. Luak dalam bahasa Kedayan (Melayu) bermaksud teluk atau lekukan pantai membentuk
    tubuh yang kecil dengan air dan tanah di tigasisi.

5. Kampung Luak terletak kira-kira 8KM dari Miri.